Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA) telah melancarkan model terbaru MyVi pada tahun 2011 ini. Ia merupakan generasi Perodua MyVi kedua bagi menggantikan MyVi versi pertama yang telah diperkenalkan pada Mei 2005 yang lalu.
Model MyVi ini terdiri daripada 3 kategori iaitu, Standard, Premium dan Elegance. Bagi versi Standard, ia tidak dilengkapi dengan ABS, EBD dan BA. Tetapi, ketiga-tiga versi ini didatangkan dengan dua beg udara berkembar bagi pemandu dan penumpang hadapan. Bagi versi Elegance, ia merupakan versi yang dilengkapi sepenuhnya dengan kit badan, panel skrin sesentuh 6 inci dan tersedia dengan sistem GPS. Ia juga dilengkapi dengan set kerusi kulit berbanding versi-versi yang lain.
Model MyVi 1.5liter ini disediakan dengan transmisi manual dan automatik untuk pilihan palanggan. Terdapat dalam 3 kategori warna iaitu kuning (Solid Majestic Yellow), putih (Solid Ivory White), dan hitam (Metallic Ebony Black).
Model baru MyVi ini lebih menarik dan berbentuk aerodinamik. Rekaan dalaman kelihatan lebih mewah dan versetil seperti kereta-kereta import. Dipenuhi dengan butang-butang kawalan yang lebih tersusun berbanding model sebelumnya. Perubahan-perubahan terbaru ini membuktikan bahawa perusahaan kereta-kereta Nasional semakin berkembang maju seiring dengan peredaran zaman.
Thursday, 29 September 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment